Pakar perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Salem Faruqi dari UITM Shah Alam pada 5 Disember 2015 mencadangkan pindaan di lakukan oleh Jawatan Kuasa Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke atas Rang Undang Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN 2015).
Peranan Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebenarnya masih ada sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Dewan Negara tidak perlu menolak rang undang-undang itu, sebaliknya boleh cadangkan sedikit pindaan dan perubahan dalam mesyuarat Jawatankuasa Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Lagi pun ia belum menjadi undang-undang, sebaliknya hanya cadangan.”
Harus juga di ingat sini yang sesuatu RUU tidak akan menjadi Akta selagi ianya tidak diperkenan dan selagi ianya belum di wartakan, justru untuk merujuknya sebagai Akta amatlah, “misleading” bila proses menjadikan Akta masih lagi agak jauh.
Artikel 68 (2) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan dimana jika sesuatu Rang Undang Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dihantar ke Dewan Negara dan tidak diluluskan oleh Dewan Negara atau diluluskan dengan pindaan yang tidak dipersetujui Dewan Rakyat dan selepas setahun Rang Undang Undang berkenaan hendaklah di hantar sekali lagi ke Dewan Rakyat dan masih lagi tidak diluluskan Dewan Negara atau diluluskan Dewan Negara dengan pindaan yang tidak dipersetujui Dewan Rakyat maka ianya perlulah di hantar kepada Yang Di Pertuan Agong sepertimana seolah olah kedua-dua Dewan telah bersetuju.
Justru kedua dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat boleh mengguna pakai artikel ini untuk saling berkerjasama untuk tempoh setahun sebelum sekali lagi menghantar Rang Undang Undang berkenaan untuk perkenan Yang Di Pertuan Agong.
Maka pendapat yang mengatakan Dewan Negara tidak mempunyai apa apa kuasa amatlah tidak tepat ataupun separuh benar sahaja.
Malah Artikel 68 (5) Perlembagaan Persekutuan seterusnya menegaskan yang prosedur di atas tidak akan terpakai kepada sebarang pindaan Perlembagaan.
Justru, jika kita menganggap sebagai Rang Undang Undang MKN 2015 ini sebenarnya secara intipatinya satu cubaan meminda Perlembagaan Persekutuan, maka tempoh setahun yang di sebut di atas tidak langsung terpakai dan segala prosedur untuk meminda Perlembagaan Persekutuan termasuk dengan sokongan majoriti dua pertiga mesti di patuhi tanpa kompromi.
Undang-undang boleh di buat samada berasal dari Dewan Rakyat ataupun berasal dari Dewan Negara dibawah Artikel 66 (1) (2) (3), Perlembagaan Persekutuan justru untuk mengatakan yang Dewan Negara tiada kuasa amatlah kurang tepat.
Manakala Artikel 66 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu dan seterusnya Artikel 66 (4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu.
Namun tegas Artikel 66(5) pula yang tiada undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga undang-undang itu telah disiarkan, tanpa, walau bagaimanapun, menjejaskan kuasa Parlimen untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang-undang.
Di sini ialah satu lagi cara untuk melambatkan masa sesuatu Akta di kuatkuasakan sekalipun telah di perkenan.
RUU MKN 2015 sebenarnya ialah satu cubaan merubah sistem pemerintahan negara yang telah termaktub dan termeterai di dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa semenjak hari pertama kita mencapai kemerdekaan pada 31 hb Ogos 1957.
Kuasa kuasa Yang Di Pertuan Agong, Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Ketua Polis Negara akan berpindah kepada Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang juga seorang Perdana Menteri. Majlis Keselamatan Negara di pengerusikan secara peruntukan undang undang dibawah Seskyen 6 RUU MKN 2015 oleh Perdana Menteri dan bukannya menerusi perlantikan oleh umpamanya Yang Di Pertuan Agong.
Justru secara automatiknya Perdana Menteri adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negara. Manakala entiti seperti Angkatan Tentera dan Polis Di Raja Malaysia yang di letak dan terpaksa melapor kepada MKN serta Ketua Pengarah MKN yang membawa maksud PAT dan KPN melapor kepada MKN dan Ketua Pengarah MKN.
Walaubagaimanapun kita mesti ingat Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi negara ini dan mana mana undang undang yang di luluskan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dan tidak sah.
RUU MKN 2015 sebenarnya bukan sahaja satu cubaan merubah sistem perundangan negara tetapi juga satu cubaan menghilangkan sistem pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman malah lebih teruk lagi mengambil alih peranan Yang Di Pertuan Agong yang di lantik oleh Majlis Raja Raja untuk mengimbangi kuasa kuasa ketiga badan yang disebutkan tadi.
Justru sekali lagi ditegaskan di sini yang RUU MKN 2015 ini patut di teliti semula dan di pinda supaya ianya kembali mengikut lunas lunas Perlembagaan Persekutuan kerana dalam keadaan sekarang ianya tidak mustahil menjadi satu RUU yang tidak sah yang pernah di luluskan oleh Dewan Rakyat yang akhirnya boleh membawa kepada pengistiharan Mahkamah atau memungkin kan juga krisis perlembagaan.
Dengan kuasa sebagai seorang perdana menteri serta kuasa sebagai pembuat keputusan tertinggi keselamatan negara yang juga memegang jawatan tertinggi hal ehwal kewangan negara dan memegang jawatan tertinggi dalam pelbagai entiti perlaburan dan hutang negara selain menjadi pemimpin no satu dalam parti politik dan pengerusi badan gabungan parti pemerintah, begitu hebatnya semua kuasa di pegang oleh orang yang sama selain daripada pelbagai agensi penguatkuasaan undang undang yang lain juga di letakkan di bawah jabatan perdana menteri dan kementerian kewangan yang juga di terajui oleh orang yang sama.
Tanpa apa apa tindakan yang munasabah di ambil segera untuk memperbaiki keadaan lintang pukang RUU MKN 2015, maka tidak mustahil juga di masa akan datang akan ada cabaran di Mahkamah yang pembentangan RUU MKN 2015 di Dewan Rakyat itu sendiri tidak sah kerana di laporkan perdana menteri ketika ini menghadapi pelbagai siasatan jenayah yang mana RUU ini boleh di tafsirkan sebagai satu cubaan untuk mengelakkan tindakan pendakwaan dan mahkamah di lakukan ke atas dirinya dengan mencuba mengekalkan kuasa memerintah secara tidak sah dan merampas semua kuasa yang ada pada mana mana institusi yang boleh membahayakan dirinya.
Justru, Mahkamah boleh istiharkan yang ketika RUU MKN 2015 di bentangkan ianya tidak sah atas sebab konflik kepentingan ketika ianya di bentangkan.
Bagaimana agaknya fungsi Majlis Raja Raja dan Yang Di Pertuan Agong menjadi penting dalam isu RUU MKN 2015?
Jawapannya, Yang Di Pertuan Agong adalah, “ Supreme head of the federation”, di bawah Artikel 32 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Manakala Majlis Raja Raja pula berkuasa melantik siapakah di kalangan mereka untuk menjadi Yang Di Pertuan Agong di bawah Artikel 32 (3) Perlembagaan Persekutuan. Justru, seorang Perdana Menteri di lantik oleh Yang Di Pertuan Agong sekiranya pada hemat baginda, orang berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli ahli Dewan Rakyat sepertimana yang termaktub dalam Artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan. Seorang yang akan menjadi Perdana Menteri seperti yang telah di bincangkan sebelum ini perlu menandatangani surat cara perlantikan pegang jawatan dan sumpah simpan rahsia.
Maka samada pertama , jika terbukti seorang perdana menteri itu telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat atau kedua seorang itu telah melanggar sumpah pegang jawatan menerusi surat cara perlantikan yang di ikrarkan di hadapan Yang Di Pertuan Agong dengan contohnya melakukan tindakan tertentu yang bukan untuk kebaikan negara malah merosakkan negara maka Yang Di Pertuan Agong dengan kuasa yang diberikan oleh Majlis Raja Raja bila di lantik menjadi Yang Di Pertuan Agong, boleh memanggil ahlu ahli dewan untuk memastikan samada mereka masih secara majoritinya percaya kepada perdana menteri ataupun Yang Di Pertuan Agong boleh menganggap sumpah pegang jawatan sebagai perdana menteri telah di langgar setelah berlaku kerosakkan yang teruk kepada keadaan ekonomi, kewangan, perundangan dan politik negara.
(Sila rujuk artikel terdahulu bertajuk : Suratcara pegang jawatan perdana menteri dan sumpah simpan rahsia)
Maka jika Yang Di Pertuan Agong mentafsirkan RUU MKN 2015 adalah RUU yang merosakkan sistem perundangan negara dengan memusnahkan prinsip asas pemisahan kuasa antara 3 badan eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan merampas kuasa kuasa istihar darurat Yang Di Pertuan Agung (Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan) dan kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera (Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 Akta Angkatan Tentera 1972) maka tindakan boleh di ambil terhadap perdana menteri kerana melanggar sumpah perlantikan untuk menjalankan tugas dengan jujur, amanah untuk kepentingan negara.
Peranan mahkamah akan menjadi penting sebagai satu pilihan terakhir iaitu untuk mengistiharkan RUU MKN 2015 sebagai tidak sah kerana melanggar pelbagai artikel Perlembagaan Persekutuan di mana Perlembagaan Persekutuan merupakan undang undang tertinggi di negara ini. (Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan) dan mana-mana undang-undang yang di luluskan yang tidak selari dengan perlembagaan ianya adalah tidak sah sejak azali lagi.