Gadis cantik dari Vietnam fasih bertutur tiga bahasa termasuk bahasa Melayu buat ramai teruja

Oleh KIM SYAZIE

Seorang gadis dari Vietnam boleh berbahasa Melayu membuatkan ramai kagum dengannya apatah lagi dia memiliki rupa paras yang cantik.

Sebagai kaum Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu, pastilah berasa kagum apabila ada kaum atau bangsa lain yang boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Lebih-lebih lagi apabila kita melancong ke luar negara, berjumpa dengan warga asing yang tahu bahasa kita, ia membuatkan perasaan kita begitu teruja mendengarnya.

Baru-baru ini tular di TikTok beberapa klip video yang memaparkan seorang gadis dari Vietnam yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Kelakuannya yang secara bersahaja bertutur dalam bahasa Melayu bukan sahaja telah menarik perhatian pemilik video, malah orang ramai yang melihat video itu juga turut teruja.

Dapat dilihat menerusi video yang dimuat naik oleh Rahseed Nisran yang melancong di bandar Hoi An, gadis Vietnam itu tersipu malu apabila ditegur pandai berbahasa Melayu.

Kalau korang ingat, gadis Vietnam ini pernah tular suatu ketika dahulu kerana menggunakan kebolehan berbahasa ketika berniaga.

Gadis yang bernama Lily ini bukan sahaja fasih bertutur dalam bahasa Melayu, malah dia juga tahu bahasa lain antaranya Korea, Jepun dan Inggeris.

Difahamkan, kebolehan Lily bertutur pelbagai bahasa adalah kerana dia banyak berinteraksi ketika berjalan-jalan dan membeli-belah dengan pelancong yang datang dari pelbagai negara.

Baca juga: Pakar motivasi ajar cara jawab soalan mak cik bawang, boleh amalkan ketika balik beraya nanti