“Gaji lambat masuk, isteri aku boleh call pejabat siap bebel! Menyesal kahwin dengan orang negara seberang…”

Oleh MAISARAH AISYA

Sebelum berkahwin, pastikan anda sekurang-kurangnya kenal pasangan kerana ia adalah komitmen panjang.

Bukannya hanya tahu kahwin kemudian tak sampai setahun bercerai atas alasan tak sehaluan padahal tak cuba kenal sebelum bernikah.

Seorang lelaki Mi (bukan nama sebenar) meluahkan perasaan selepas isterinya terlalu mementingkan duit.

Untuk orang lain aku tak tahu la, tapi untuk aku ada bini tak membantu apa pun. Aku rasa menyusahkan aku lagi ada la. 

Ke aku tak tahu la style orang dari negara jiran memang macam tu kot. Actually Kubis (isteri) memang orang malaysia. Lahir membesar kat sini. 

Tapi mak ayah dia orang Indonesia.. Mak ayah dia ada IC merah. Dia memang IC sini. Sekolah apa semua sini. Aku tak kisah pasal yang tu. 

Aku ni berkahwin agak lewat juga. Jodoh lambat sampai sebab aku ni bukan ada rupa sangat pun. Kerja pun biasa-biasa ja la. 

Kenal dengan Kubis memang orang yang tolong kenenkan. Aku sebenarnya terima ja mana-mana perempuan yang nak terima aku. Sebab aku sedar kekurangan aku. 

Tapi Kubis kira cantik juga la. Orangnya putih, badan kecil, manis ja. Aku pun tak pasti kenapa dia setuju nak kahwin dengan aku. Ikutkan dengan kecantikan dia, ramai ja orang nak. 

Tak kenal terus kahwin

Kami tak ada dating atau kenal-kenal sangat la. Kahwin macam style orang dulu-dulu, pilih tarikh terus nikah. 

Awal-awal kahwin aku dah rasa tak best. Dia terus tanya gaji aku berapa, berapa hari bulan dapat gaji. 

Dia terus cakap bulan RM1500 kena bagi kat dia. Untuk dia buat belanja rumah, bayar bil semua dia uruskan. 

Mula-mula aku rasa macam nanti aku pun tak cukup.. Tapi fikir tak apa la, dia urus semua aku tak payah pening fikir dah. 

Tapi ok la. Dia ada masak bagi bekal semua. Aku jimat kos makan luar. Air kopi pun dia bancuh bagi bekal. Tang tu dia memang ok.

Rumah ni sebenarnya rumah ayah aku dan asih lagi atas nama ayah. Tapi ayah dah cakap rumah ni dia bagi aku. 

Ayah aku masih ada lagi. Tapi dia asyik desak suruh aku tanya ayah, bila nak tukar atas nama aku. 

Aku kata aku tak akan tanya semua tu. Dan aku bagi amaran dia jangan masuk campur hal keluarga aku. 

Ok la lepas tu dia diam. Tapi bini suruh apply rumah PPR. Dia kata rumah sekarang susah nak dapat. Lagipun beli rumah tak rugi. 

Dah atas nama aku tak ada rumah. Ok la, aku fikir daripada sudut positive. Rumah PPR mungkin aku mampu bayar. 

Selama ni aku tak terfikir pun pasal tu. Lepas tu dia suruh aku mohon segala bantuan. 

Aku kata alasan apa nak mohon bantuan.. Bukan kita orang susah. Dia kata mohon ja. Dapat ke tak belakang cerita. 

Dia kata orang lain yang kaya-kaya mohon pun boleh ja. Kita ni masih kurang kemampuan.

Isteri berhenti kerja lepas kahwin 

Sebelum kahwin elok sahaja isteri aku kerja tapi lemah dah berumah tangga, dia pilih nak uruskan hal kami sahaja.

Sekarang dia ambil upah jaga budak, sebulan dapatlah RM600. Masalah sekarang ni satu sahaja, dia suka membebel.

Pagi-pagi nak kejut aku tak pernah elok. Mesti dengan bebelan, siap kata aku anggap dia bibik padahal tak pernah pula aku suruh dia kejut.

Tapi dia tu dah kalut. Kata aku pergi kerja lambat. Dari aku bangun pagi, sampai aku pergi kerja dia bebel. 

Bising semua benda. Masa aku mandi pun dia akan bising.. Kalau bapa saya ni, 6 pagi sudah bangun pergi market beli barang basah. 

Orang laki rumah ini nak pergi kerja pun tunggu orang bangunkan. Lagi nak masak untuk dia, nak jaga dia. Sudah terbalik dunia ini. Sekarang zaman perempuan jaga lelaki. 

Satu hari aku meletup. Aku marah la. Aku kata bulan-bulan minta RM1500 kata semua benda nak urus. Sekarang sibuk ungkit kata aku tak pi market. 

Company aku ni kadang-kadang masuk gaji hari tak tetap. Memang kebanyakan masa 1hb dah gaji. 15 advance. 

Tapi ada time lewat dua tiga hari tu biasa la. Tapi bagi dia, 1 hari bulan tu kena ada duit dah. Tak nampak duit gelabah macam dunia nak kiamat. 

Ada sekali tu gaji lambat. Dah 5hb masih tak masuk. Dia asyik pressure aku suruh tanya bos kenapa lambat. 

Bila gaji nak masuk. Aku memang tak layan dia la. Dia kata kalau aku tak mahu tanya, biar dia tanya. 

Lepas tu mungkin dia ada hubungi pejabat aku. Bebel kata company besar tapi gaji bayar lambat.. Orang mau bayar hutang. Mau makan apa bila gaji lambat. Malu betul aku masa tu. 

Mula gaduh besar

Ada sekali gaduh-gaduh, aku hilang sabar.. Aku kata la dasar orang Indo.. Menyesal aku kahwin dengan hang. Aku kata mai sini hidup nak kikis duit harta orang.. 

Cuba pergi hidup di negara sendiri. Dia pun melenting juga la. Dia kata aku yang tak sedar diri. Dia kata orang Melayu yang lupa asal usul. 

Dia kata dia sara mak bapak dia dengan duit kerja dia.. Satu sen tak guna duit aku.. 

Dia kata dia guna duit aku main kutu ja.. Tu pun untuk masa depan keluarga.. Choi. Sembang gajah pun terbang. 

Aku rasa kahwin nak masuk 8 bulan dah. Tapi tak ada satu hari yang aku rasa bahagia.  Aku lebih bahagia masa single dulu. Aku bagitahu dia aku tak mau dah hidup dengan dia. 

Aku suruh dia keluar dari rumah. Terus buat drama air mata dia. Dia kata dia hamil sekarang tapi tergamak aku halau dia keluar. 

Aku kata jadi isteri jaga kehormatan suami. Ni malukan suami dekat tempat kerja. Mula dia bagi alasan cuma tanya soal gaji.

Hari tu hantar mak ayah dia pergi Indonesia mesti guna duit aku. Aku ungkit semua tu.. Dia kata jangan menuduh dia. 

Ni ayah dia tadi ada call aku dari Indo. Dia minta jangan halau anak dia.. Dia kata anak dia tengah hamil. Minta kasihankan anak dia. 

Dia minta masa suruh sabar sekejap tunggu dia balik dari Indo. Dia kata dia akan nasihat anak dia suruh jaga tingkah laku. 

24 jam fikir duit harta. Dah la tu paksa aku tukar kereta la, beli rumah batu besar sikit la.. Aku kata kalau nak selesa macam tu guna duit sendiri.. Minta duit kat mak bapak hang. 

Sekarang ni aku tak rasa gembira langsung bila tahu dia mengandung.

Baca juga: “Perempuan simpanan siap cop aku isteri derhaka, pendamai mahkamah pula sibuk main telefon, suami pula tak nak lepaskan”