Gara-gara dicedera guru sampai patah kaki, murid darjah 3 saman hampir setengah juta ringgit

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pelajar tahun tiga menfailkan saman sivil sebanyak RM410, 000 terhadap guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) kerana telah mendatangkan kecederaan.

Mangsa, Muhammad Izz Anaqi Mohd. Izwan, yang berumur 10 tahun bersama ibunya, Nor Azlina Mohamad Yasin, 37, menamakan gurunya, Ahmad Mursyidin Abdullah, 38, dan Yayasan Islam Terengganu sebagai majikan defendan pertama.

Writ saman sivil berkenaan difailkan menerusi peguam, Mohd. Hazwan Hamidun dari Tetuan Rafaei & Co di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Kira-kira enam bulan lalu, Izz Anaqi mengalami kecederaan patah kaki kanan apabila dikatakan telah dikasari oleh guru kelas KAFA di Kuala Terengganu.

Kecederaan yang dialaminya menyebabkan Anaqi tidak mempu berjalan pulang ke rumah selepas kelas dan dirujuk sebuah klinik swasta yang mengesahkan kaki kanannya patah berdasarkan imbasan x-Ray.

Berdasarkan penyataan tuntutan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 3.30 petang, 6 Julai 2022 dimana defendan pertama didakwa telah menghempas mangsa ke atas kerusi.

Hal tersebut dikatakan berpunca daripada ketidakpuasan Ahmad Mursyidi melihat kanak-kanak lelaki berkenaan bermain dengan rakan-rakan lain di belakang bilik darjah.

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita menuntut pembelaan apabila anaknya yang berusia sembilan tahun didakwa dicederakan defendan pertama hingga patah kaki sebelum membuat laporan polis pada 8 Julai tahun lalu.

Ahmad Mursyidin kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada 12 Oktober lalu atas pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Baca juga: Wanita ini terharu bapa sanggup siapkan sarapan pagi-pagi siap ‘transfer’ RM200 sebab risau tak makan