Pelakon cilik tanah air, Puteri Rafasya kini harus bergantung kepada lampin pakai buang selepas mengalami keretakan pada bahagian pinggul.
Insiden berkenaan berlaku di lokasi penggambaran drama apabila seorang kanak-kanak menarik kerusi yang ingin diduduki Puteri.
Berniat untuk bergurau, gadis yang berusia 12 tahun itu kemudian terjatuh sebelum badannya menghempap kaki besi tripod.
Pihak produksi mulanya menghantar Puteri ke klinik berdekatan sebelum dikejarkan ke hospital beberapa hari kemudian.
Puteri segera dibawa ke hospital setelah gadis itu mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.
Sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah, gadis itu terpaksa menanggung derita kerana tidak lagi mampu duduk atau berjalan tanpa bantuan keluarga.
Bersikap lepas tangan, ibu bapa pelaku langsung tidak menghubungi keluarga Puteri untuk memohon maaf atau menghulurkan bantuan.
“Kalau diikutkan laporan perubatan, Puteri dianggarkan sudah boleh berjalan ketika ini. Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh.
“Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit (penjaga pelaku),” kata ibu Puteri.
Menurutnya, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah merancang pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku bagi menyelesaikan masalah itu.
Baca juga: Punyalah nak ayam bahagian ‘drumstick’, sampai sanggup karang cerita