Gedung kelengkapan perabot terkenal yang sinonim dengan warna biru dan kuning menjadi bualan ramai selepas ia didakwa menyediakan hidangan buffet untuk berbuka puasa tetapi meletakkan had pengambilan makanan.
Dalam satu video tular di TikTok, seorang pelanggan memberi rating 0/100 kepada kafe milik gedung itu yang menyediakan hidangan berbuka puasa dalam bentuk buffet.
Menurut individu itu, dia membayar sebanyak RM59.90 namun tidak banyak pilihan makanan yang boleh dinikmati.
Selain itu, sistem pengurusan didakwa agak lambat kerana para pelanggan dilepaskan untuk memasuki ruangan buffet pada jam 7pm, ketika hanya beberapa minit lagi nak masuk waktu berbuka.
Lebih mengecewakan, ia menyediakan makanan berbuka jenis buffet tetapi kakitangan gedung berkenaan pula yang mencedokkan makanan mengikut “limit per person”.
“Sistem buffet tetapi awal-awal kakitangan cedokkan limit per person. Padahal kalau kakitangan pastikan (tray) makanan sentiasa penuh, senang orang nak berbuka.
“Popia goreng, chicken wing memang edisi terbatas aku tak faham part ni. Masa orang tengah beratur kau baru nak goreng.
“Tiba-tiba tunggu ayam pun lama. Padahal satu jenis je,” kongsi individu itu.
Perkongsiannya dengan cepat mendapat perhatian ramai yang mengatakan jika buffet pun kakitangan cedokkan, ia bukan lagi buffet tetapi seperti makan di asrama.
“Katanya buffet dekat Ikea. RM59.90 tapi makanan kakitangan yang cedokkan? Itu bukan buffet, itu asrama namanya,” kata pengguna X.
Pada masa sama, pengguna lain berkata gedung itu sebenarnya menyediakan “makanan kantin” yang dijual pada harga cekik darah.
Ada juga yang memaklumkan bahawa isu tersebut telah disampaikan ke pihak pengurusan atas.
Baca juga: Orang Kelantan beli emas RM200 Juta sebulan