Gelar Anwar ‘bapa saman negara’, MP Pas diheret ke mahkamah

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang sering mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerima padah apabila bakal diheret ke mahkamah.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah menfailkan saman terhadap pemimpin PAS berkenaan atas dakwaan palsu beliau terhadap Presiden Pakatan Harapan (PH) itu.

Awang dinamakan sebagai defendan tunggal dalam saman yang difailkan oleh Peguam Anwar, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Menurut tuntutan itu, Awang telah mengeluarkan kenyataan fitnah apabila mendakwa Anwar memiliki sifat dendam yang lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad.

Pernyataan itu bagai menuduh Anwar menyalahgunakan kuasanya sebagai pemimpin negara dengan ikut campur dalam penguatkuasaan undang-undang.

Awang turut membuat dakwaan yang mempersoalkan keabsahan pelantikan Menteri Kewangan itu sebagai perdana menteri kesepuluh.

Baca Artikel Penuh