Geli papan pemotong hitam, sental je guna bahan di dapur terus bersih macam baru beli

Oleh KIM SYAZIE

Ramai kurang cakna tentang bahaya menggunakan papan pemotong yang sudah hitam dan kotor – di mana fakta menyatakan bahawa alat dapur itu boleh menjadi 200 kali ganda lebih kotor daripada tandas rumah anda.

Public Health Malaysia (PHM) pernah menyentuh mengenai isu ini dalam satu posting di Facebook 4 tahun lalu.

Nak tahu yang lagi menggelikan? 1cm persegi kawasan papan pemotong anda sebenarnya mempunyai lebih daripada 24,000 bakteria yang mana jumlahnya lebih 200 kali ganda daripada kuman yang ada pada tempat duduk di tandas!

Tetapi jangan khuatir, ada cara bagaimana untuk anda mencuci papan pemotong yang sudah hitam dan berdaki.

Portal MyResipi berkongsikan cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong anda dengan menggunakan 3 bahan dapur iaitu, limau nipis, baking soda dan cuka.

Bahan-bahan:

Baca Artikel Penuh