Seorang pengguna media sosial yang mengaku dirinya generasi Milenial, menarik perhatian ramai selepas menyuarakan sokongannya terhadap pendekatan golongan Gen Z dalam menangani suasana kerja toksik.
Pengguna akaun @amirr.shar menjelaskan dalam satu perkongsian bahawa Gen Z bukanlah malas seperti yang sering dilabel, sebaliknya lebih bijak dalam menguruskan kehidupan dan kerjaya.
“Aku generasi Milennial. Tapi aku sokong cara Gen Z.
“Gen Z tak malas. Dia orang cuma dah sedar kerja kuat tak jamin hidup senang. Gen Z work smart, bukan jadi hamba sistem,” katanya.
Dia berpendapat Gen Z lebih berani menetapkan sempadan dalam kehidupan peribadi dan pekerjaan.
“Kalau bos toksik dia berhenti. Kalau kawan bermuka-muka, dia tidak berkawan. Kita? Tahan… sebab takut tak ada siapa
“Gen Z? Pilih diri sendiri dulu. Dan itu benda paling sihat yang kita patut belajar,” tulisnya lagi
Dalam ciapan lanjut, dia memuji sikap Gen Z yang tidak takut untuk menyuarakan keletihan mental dan fizikal.
Pendekatan Gen Z yang lebih terbuka tentang kesihatan mental dan keseimbangan hidup dilihat sebagai satu sikap yang wajar dicontohi, terutamanya dalam suasana pekerjaan masa kini yang semakin mencabar.
“Gen Z tak takut nak cakap aku penat. Kita? Tahan, senyum, kerja sampai burn out baru berhenti.
“Gen Z? Dia cabut awal, sebab dia tahu harga mental dia lebih mahal dari gaji kau bagi,” kongsinya lagi.
Baca juga: Rupanya ada sebab dobi layan diri bagi sabun percuma, wanita nasihat jangan letak sabun serbuk