Gen Z pemalas? Cik B dedah pendapatan sebulan dia lebih setengah juta ringgit

Oleh KIM SYAZIE

Anak kepada usahawan terkenal, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen, mendedahkan jumlah pendapatan bulanannya yang mencecah lebih RM500,000 sebulan.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Cik B yang kini berusia 20 tahun berkata dia memasang impian untuk tidak hanya fokus kepada satu produk semata-mata, sebaliknya mengembangkan perniagaan dalam pelbagai bidang.

Atas sebab itu sebaik sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia terus melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang yang berkait rapat dengan aspirasi kerjayanya.

“Cita-cita saya untuk jadi ahli perniagaan wanita berjaya. Saya nak ceburi pelbagai jenis perniagaan bukan jual satu produk je tapi pelbagai produk,” katanya.

Mengulas mengenai pendapatan yang diperoleh pada usia muda, Cik B berkata pendapatannya kini melebihi setengah juta ringgit.

Menjawab persoalan sama ada benar Gen Z dianggap pemalas, Cik B tampil memberikan pandangan seimbang.

“Saya rasa ia bergantung kepada banyak faktor juga. Gen Z ni banyak alami mental illness. Tapi kita tak bolehlah nak salahkan benda tu.

“Jadi yang malas itu mungkin daripada cara hidup dia orang. Dia dah selesa dengan cara hidup dia orang, buat apa nak ubah lagi. Makan dah cukup, main game pun boleh. Macam itulah,” ujarnya lagi.

Baca juga: Wanita hidap barah mengaku tak bersalah sebar gambar lucah madu, mohon jaminan dikurangkan