Gengster paling popular di Malaysia umum masuk islam, tak sangka ini punca dia hijrah

Oleh KIM SYAZIE

Hijrah ini bukanlah sesuatu yang senang namun apabila hidayah hadir, sejahat mana sekalipun manusia akan kembali ke jalan yang benar.

Tular satu video menunjukkan seorang lelaki yang menceritakan bagaimana dia mendapat hidayah Allah selepas bertahun mencari ketenangan jiwa.

Menerusi TikTok @mukagangster, pemilik nama Muhammad Mikhael Sathayah menceritakan kembali perjalanannya.

Lelaki berbangsa India itu menceritakan momen tersebut dengan menggunakan bait-bait bahasa Melayu hingga menyentuh perasaan orang ramai.

“Sepanjang hidup sejak kecil, kekosongan di hati, jiwa ini mencari apakah erti kehidupan, ‘kenapa saya bukan macam orang lain’.

“Saya cuba mengisi kekosongan tetapi kesakitannya makin hari, makin menjadi-jadi. Di luar nampak berjaya, bekerjaya, tapi hati saya dalam kesakitan.

“ Apa yang kurang? Saya sayang mak saya. Mak saya segala-galanya bagi saya,” katanya dalam video tersebut.

Siapa menyangka satu hari permintaannya ditunaikan, dia didatangi dengan satu suara yang dikatakan menjadi titik permulaan untuk mencari agama yang benar.

Akan tetapi, Mikhael masih tidak mahu menerima sehingga satu tahap dia berasa yakin dan membuat keputusan untuk memeluk Islam.

“Suatu pagi, terdengar suara yang indah, ‘Aku yang cipta kamu, tapi ini Aku berikan kepada kamu. Terima sahajalah.

“Apakah maksud soalan itu? Saya tertanya-tanya, apakah jawapan untuk soalan itu, saya rasa saya tahu. Tapi saya masih tidak mahu menerima.

“Saya mencari dunia, mengejar dunia. Makin hari makin kosong hati saya, makin gelap jiwa saya. Mencari jiwa yang hilang, kenapa aku ke sini,” tambahnya.

Selepas mendapat jawapannya, Mikhael memaklumkan ibunya mengenai dirinya yang mahu memeluk Islam.

“Mak terdiam, terkejut selepas itu mak senyum dan bagi kebenaran. Terima kasih mak, terima kasih kerana menerima saya mak,” jelasnya.

Baca juga: Minum sampai mabuk, lelaki terlupa majlis kahwin sendiri