Genting Hong Kong: Undang-undang dua darjat

Oleh BORHAN AHMAD

Tindakan bank-bank di Malaysia memberikan pinjaman besar tanpa jaminan kepada syarikat judi Genting Hong Kong umpama undang-undang dua darjat.

“Undang-undang dan peraturan dua darjat terus menerus berlaku. Rakyat ditekan. Pedagang besar ditatang dan dikecualikan,” kata Ketua Wanita Amanah (Awan) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim.

Bagi beliau, perkara paling besar yang perlu dijawab kepimpinan negara adalah bagaimana boleh diberikan pinjaman yang begitu besar tanpa cagaran?

“Rakyat biasa hutang rumah ada cagaran, hutang kereta pun ada jaminan hatta hutang personal pun terpaksa cagarkan diri sendiri. Ni kan pula hutang 2.5 billion diberikan tanpa cagaran,” katanya.

Katanya, pedagang besar sentiasa terlepas dalam undang-undang dua darjat di Malaysia.

“Yang merana adalah rakyat marhaen yang menjadi pendeposit KWSP pemegang saham terbesar tiga bank utama yang memberikan pembiayaan kepada syarikat Genting Hongkong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar sSemua pihak yang meluluskan pinjaman ini mesti dipertanggungjawabkan termasuklah Perdana Menteri tahun 2012 ketika berlakunya peristiwa ini.

“AWAN Kelantan bersama rakyat tuntut kerugian besar lebih 2.5 billion ini disiasat dan yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.