GKCM desak PM letak jawatan dalam himpunan bersama Muhyiddin

Oleh MALAYSIADATELINE

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) adalah penganjur bersama  perhimpunan soladariti Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman malam ini  yang   mengemukakan tiga resolusi antaranya  mendesak Presiden Umno meletakkan jawatan.

GKCM adalah satu muafakatan yang terbuka kepada semua ahli tanpa mengira jawatan dalam parti serta penyokong yang selama ini menyokong perjuangan parti selagi mereka memegang dan mempertahankan prinsip menegakkan kebenaran demi survival agama, bangsa dan tanahair.

Motto perhimpunan ‘Berani Kerana Benar’ yang mewakili suara GKCM seluruh negara ini dijangka akan memenuhi Dewan Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

Malah GKCM juga telah menyenaraikan resolusi mereka terhadap perhimpunan yang diadakan ini, walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin belum lagi tiba untuk memberikan ucapannya.

Sebanyak 3 resolusi dibuat GKCM itu :

1. Mendesak Presiden Umno meletakkan jawatan kerana dilihat telah gagal mentadbir negara ini dalam aspek politik dan ekonomi serta dikaitkan dengan skandal yang memalukan parti dan negara.

2. Mendedak Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak menagguhkan pemilihan parti yang dijadualkan pada 2016 kerana permintaan dibuat bukanlah dari akar umbi.

3.Mendesak pengurusan parti agar tidak mengambil sebarang tindakan disiplin seperti pemecatan dan pengantungan kepada mana-mana ahli yang menegur dan mengkritik kepimpinan serta pengurusan parti.

Setakat berita iini ditulis dianggar lebih 5,000 penyokong sedang memenuhi dalam dan diluar dewan yang di letakkan skrin  bagi mereka yang tidak dapat masuk ke dalam dewan.

Suasana agak hingar bingar sementara menanti ketibaan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka pada jam 8.30 malam nanti.

Tepat jam 8.30 malam Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noraini Abdul Rahman,Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdhal  tiba bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad masuk ke dewan dengan mendapat sorakan gemuruh daripada penyokong.