Perbuatan tidak senonoh di tempat awam dilihat semakin berleluasa, malah lebih membimbangkan apabila ada individu yang langsung tidak berasa malu melakukan perbuatan tersebut.
Di Indonesia tular seorang guru sekolah berusia 58 tahun didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun lapor portal berita iNews.
Kejadian yang berlaku dalam tandas sebuah masjid di Kota Padang sekitar jam 10.45 pagi (waktu tempatan) semalam tular di media sosial.
Perbuatan tidak bermoral dua lelaki itu berjaya dicekup penduduk yang menyerbu tandas di Masjid Syarif Cindakir Bungus Teluk Kabung.
Perbuatan maksiat yang didakwa itu terbongkar selepas pentadbir masjid dan penduduk setempat curiga dengan tingkah laku dua lelaki itu.
Selepas membuat laporan polis, penduduk dan pegawai menyerbu tandas berkenaan untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku
Ketika dicekup, guru sekolah dilihat membetulkan butang baju manakala remaja tersebut tidak berbaju keluar dari tandas berkenaan.
Kedua-dua suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Baca juga: Menteri Indonesia dakwa bantuan Malaysia ketika banjir besar di Sumatera tidak seberapa