Habiskan lebih RM5k sebulan, Cakra Khan jaga 30 ekor kucing jalanan

Oleh MAISARAH AISYA

Nak menjaga kucing jalanan ni bukanlah senang jika ada kekangan masa dan wang kerana kos untuk memelihara haiwan ini boleh mencecah ratusan ringgit.

Buat penyanyi popular, Cakra Khan tidak mempunyai masalah daripada segi kewangan apabila dia ira-kira RM5,000 (20 juta Rupiah) setiap bulan demi menjaga kebajikan 30 ekor kucing jalanan.

Kesemua kucing itu diselematkan dari jalanan dan dipelihara di kediamannya di Jakarta, Indonesia lapor Harian Metro.

Jelasnya ada antara kucing yang dijaga mengalami masalah kesihatan seperti buta atau sakit jantung.

“Semua kucing yang saya pelihara sekarang ini saya pungut dari tepi jalan. Ada yang saya jumpa dalam longkang dan di tepi jalan ketika pulang dari lapangan terbang.

“Saya akan tanya orang sekeliling dulu, kalau tak ada yang punya, saya akan bawa pulang,” katanyaseperti dipetik Harian Metro.

Tegasnya dia tidak merasa terbeban meskipun jumlah perbelanjaan setiap bulan agak tinggi membabitkan rawatan veterinar mingguan, makanan khas serta ubat-ubatan.

Malah dia juga mengupah seorang pekerja khas menguruskan keperluan haiwan-haiwan itu.

“Saya beli generator oksigen, peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk kucing. Saya tak rasa rugi sebab saya percaya setiap rezeki yang saya dapat ada bahagian untuk mereka.

“Mereka semua saya hantar ke doktor secara rutin. Kucing jalanan itu saya sterilkan supaya mereka lebih sihat dan tidak bergaduh sesama sendiri.

“Kucing saya banyak. Ada yang mati dan ada juga yang hilang. Tapi saya akan pastikan yang dipelihara semuanya sihat.

“Kalau ada orang nak ambil bela, saya akan pastikan mereka stabil dulu,” kongsinya.

Dalam masa sama Cakra juga berimpian untuk membuka pusat perlindungan haiwan sendiri suatu hari nanti agar dia boleh menyelamatkan lebih kucing jalanan.

Baca juga: Hutang budi perlu dibalas, Syed Saddiq tak akan lupakan jasa Bella Astillah