Habiskan masa 6 jam sehari dalam tandas, lelaki dipecat majikan

Oleh KIM SYAZIE

Masalah kesihatan menjadi punca seorang lelaki dioecat majikan selepas menghabiskan masa enam jam sehari dalam tandas di pejabat.

Menurut South China Morning Press (SCMP), lelaki dikenali sebagai Wang bekerja di sebuah syarikat di Beijing, China sejak 2006.

Selepas menjalani pembedahan anorektal pada 2014, dia mengalami sakit berterusan hingga terpaksa menghabiskan masa tiga hinggan enam jam dalam tandas.

Masalah ini sudah berlaku sejak 2015 dan berdasarkan rekod syarikat pada tahun sama, Wang ke tandas sebanyak 22 kali dan mengambil masa kira-kira 47 minit hingga 196 minit.

Kejadian berlaku antara 7 September dan 17 September 2015 hingga Wang ditamatkan kontrak oleh syarikat pada bulan yang sama.

Majikannya memetik peruntukan dalam buku panduan pekerja mengenai kelewatan, keluar awal dan ketidakhadiran tanpa kebenaran.

Selepas itu, dia cuba memfailkan timbang tara untuk dapatkan kembali pekerjaan namun tidak berhasil.

Mahkamah mendapati dia melangkaui keperluan fisiologi yang munasabah dan pemecatannya di syarikat tersebut adalah sah dan wajar.

Baca juga: Harga tak masuk akal! Terpaksa jual durian Musang King sebakul besar dengan harga ini selepas banyak stok lebih