Meskipun menghadapi kesukaran namun ia tidak mematahkan semangat jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou apabila berjaya menghadiahkan pingat emas pertama untuk Malaysia.
Pingat tersebut diterima melalui final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena untuk Paralimpik Paris 2024.
Bukan biasa-biasa, Liek Hou yang juga juara dunia sebanyak lapan kali itu dilihat tidak berhadapan masalah untuk menumpaskan Suryo.
Kemenangan Liek Hou berjaya diperoleh menerusi straight set 21-13, 21-15 dalam tempoh 26 minit.
Tidak hanya itu, dia juga pernah mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi pingat emas dalam sukan itu di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Liek Hou dilihat kekal tenang untuk terus menguasai perlawanan hingga menyebabkan kesukaran untuk pihak lawan mengutip mata.
Walaupun Suryo cuba mengubah corak permainan pada set kedua, Liek Hou tidak melatah malah terus berjuang bagi mengekalkan kejuaraannya.
Untuk pengetahuan ramai, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Liek Hou bakal menikmati habuan RM1 juta selaku pemenang pingat emas Sukan Paralimpik.
Ini adalah sama seperti yang diterima ketika menjadi juara pada Paralimpik Tokyo.
Baca juga: YB Duyong dedah punca batal tayangan EPL, rela belanja roti canai dari bayar RM10,000