Hadiahkan kondominium buat anak usia 4 dan 3 tahun, Aeril dan Wawa siap ‘prepare’ untuk masa depan

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka termasuklah menyediakan kemudahan untuk memudahkan urusan di masa hadapan.

Bila sudah ada rezeki lebih, pastinya mahu disalurkan buat masa depan anak-anak dengan menyediakan tabung dan simpanan.

Buat pasangan pelakon dan usahawan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel nekad enyediakan dua unit kediaman buat anak mereka, Soffya dan Fahri sempena sambutan hari jadi tahun ini.

Pembelian rumah jenis kondominium di Bangi, Selangor adalah sebagai persiapan buat anak-anak apabila mereka besar satu hari nanti lapor Kosmo! Online.

“Kali ini kami bagi anak-anak rumah dan itu adalah untuk masa depan mereka. Setiap seorang kami sudah sediakan sebuah rumah jenis kondominium di sekitar kawasan Bangi.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Jadi kami memang merancang melakukan persediaan untuk mereka.

“Soal harga, tidak terlalu mahal. Kalau boleh tidak perlu diceritakan tentang itu. Bagi kedua-dua rumah itu kami sudah pun meletakkan nama mereka,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Tegasnya, mereka amat mementingkan simpanan atas tujuan waktu kecemasan dan pendidikan jadi sejak dari kecil kesemua anak sudah ada simpanan wang.

“Sebenarnya setiap anak saya sudah ada rumah masing-masing, tetapi saya dan Aeril tidak pernah lupa menyimpan wang untuk mereka pada setiap bulan.

“Seperti saya katakan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Jadi kami pilih untuk buat persediaan dan wang itu boleh digunakan untuk kegunaan pendidikan atau kecemasan.

“Sejujurnya saya tidak sangka setelah sekian lama menyimapan, tanpa sedar dah banyak duit simpanan anak-anak,” tambahnya.

Baca juga: Ira Kazar belum sedia terima pinangan, akui lebih bahagia dengan kehidupan solo