Biasanya sekatan jalan raya atau kemalangan sahaja yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas namun lain pula dengan kes yang tular baru-baru ini.
Dalam video yang tular itu, tiga kenderaan dilihat berhenti secara melintang di tengah-tengah Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan).
Tiga buah kenderaan itu didakwa menyekat aliran trafik di lebuh raya berkenaan susulan berlakunya insiden kejar mengejar.
Kejadian ini dikatakan berlaku berhampiran Hentian Rehat Dan Rawat Pedas-Linggi lapor Kosmo! Online.
Terbaru Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain memaklumkan kedua-dua individu lelaki itu berusia 31 dan 35 tahun.
Keduanya bekerja sebagai penarik kenderaan tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau pada pukul 12 tengah malam tadi.
“Ada tangkapan dua lagi individu dalam kes ini. Mereka datang serah diri kira-kira pukul 12 tengah malam setelah tahu pihak polis sedang mencari.
“Dua lelaki ini akan direman selama dua hari hingga esok.
“Ketiga-tiga individu berkenaan termasuk suspek yang ditangkap sebelum ini berusia 50an di Seremban akan disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya seperti dipetik Kosmo Online.
Baca juga: Penghantar makanan jana pendapatan cecah RM20,000 sebulan, beli rumah RM1.4 juta di Johor