Isu hamil atau tidak ini adalah sensitif buat wanita yang sudah berkahwin, asalkan naik sikit berat badan sahaja mulalah ada persoal mengandung atau tidak.
Terlihat seperti berisi semasa membuat persembahan di Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), penyanyi Zehra Zambri menafikan dirinya mengandung.
Dalam satu hantaran di Instagram, Zehra menjawab persoalan selepas keluar kenyataan bahawa dia sedang hamil.
“Adakah saya hamil? Jawapan empunya diri adalah tidak!
“Jadi, cukuplah mempersoalkan tentang itu, saya akui masih belum dapat berat badan ideal selepas melahirkan anak secara ’emergency czer’ pada 21 Oktober 2022.
“Saya mengalami kenaikan berat badan mendadak dan tidak menjaga kesihatan diri akibat tekanan kerja serta dalam masa sama sibuk menguruskan bayi saya sendiri,” katanya dalam hantaran Instagram.
Pada masa sama, Zehra akan membuat pemilihan baju yang lebih sesuai agar tidak menunjukkan bahagian badan hingga disalah erti pihak lain.
“Selain itu di sini saya ingin memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan imej dan penampilan saya ketika mendendangkan lagu Nour El Shams pada konsert minggu lalu.
“Saya ambil maklum pandangan kalian yang mengkritik style hijab dan busana yang saya kenakan. Insya-Allah di masa akan datang saya akan lebih cakna dan berhati-hati dalam pemilihan pakaian sebagai wanita berhijab.
“Terima kasih semua atas teguran kerana kasih sayang kalian terhadap diri saya Moga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya,” tambahnya.
Baca juga: Dipaksa buat projek tanpa bayaran, Naqiu nekad hantar LOD, rugi hampir RM100k