Sejak disahkan bercerai pada 24 April lalu, hubungan Datuk Red dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi terlihat semakin mesra, seolah ada ‘bunga-bunga cinta’ yang mula berputik.
Mereka berdua sering bersiaran bersama di media sosial dan menimbulkan harapan dalam kalangan peminat untuk lihat mereka kembali bersatu.
Adira juga nampaknya seperti memberi petanda bahawa dia masih menunggu bekas suaminya itu.
“Kita dah taknak kahwin dah. Kita nak kahwin dengan awak saja.”
Demikian kata penyanyi berusia 32 tahun itu kepada Datuk Red dalam video siaran langsung di TikTok.
Kata-kata Adira itu membuatkan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 47, terdiam seketika dan matanya berkaca-kaca.
Adira bagaimanapun menegaskan bahawa, ‘kahwin’ itu bukanlah sekarang dan biar ambil masa lebih lama.
“Walaupun tak rujuk, tak kahwin apa, tapi, lama-lama sikitlah. Kita nak kahwin dengan awak saja nanti.
“Malas dah nak pergi bercinta. Kau ingat bercinta ini tak buang duit? Lepas itu, nak makan ayam goreng, saya suka warna hijau, suka warna putih, awak dah makan ke belum.
“Saya ada anak empat orang, tahu? Tak jadi. Susah,” katanya.
Dalam siaran langsung sama, Datuk Red juga dilihat mencium bahu Adira selepas memakaikan mikrofon kepada bekas isterinya yang sedang makan itu.
Dia bagaimanapun meminta maaf dan berkata, itu adalah tindakan refleks di luar kawalan.
“Sorry geng. Sorry, sorry. Benda itu ‘ter-auto’. Minta maaf tahu. Sebab kita dah melaluinya beberapa tahun, jadi benda itu memang saya selalu amalkan begitu.
“Tanyalah Adira, saya kadang-kadang suka tercium begitu. Tak payah nak minta, tak payah nak apa. Kadang-kadang dengan tak mandi atau apa, saya memang begitu,” katanya.
Ruangan komen dibanjiri komen positif daripada penonton yang mendoakan agar mereka kembali rujuk semula.
Baca juga: Durian banyak? Ini cara dan tip nak buat tempoyak, gerenti menjadi!