Petisyen menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator yang dimulakan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) hampir mencapai sasaran 300,000 tandatangan.
GPS memulakan petisyen tersebut sejak sebulan lalu berlandaskan lima sebab utama, yang pertama, mendapati Waytha Moorthy memburukkan imej Malaysia di platform antarabangsa dengan menyebarkan fitnah kononnya rakyat Malaysia beragama Hindu telah didiskriminasi.
Keduanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atas kapasitinya sebagai menteri walaupun mendapat bantahan keras Bumiputera.
Ketiga, pemimpin ultra Hindu Hindraf itu juga gagal untuk mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak mutakhir ini walaupun telah diberi mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri yang menjaga perpaduan kaum.
Keempat, Moorthy mempunyai latar belakang yang agak kontroversi seperti pernah menyertai perhimpunan haram Hindraf pada 2007, pasport antarabangsanya pernah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan beberapa lagi.
Kelima, Moorthy didapati gagal untuk menyelesaikan isu tanah kuil di Seafield, Subang Jaya dengan menyeluruh atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan.