Hanya mengemis, tapi hasil lebih RM100,000 setahun! Akhirnya lelaki ini…

Oleh MAISARAH AISYA

Fenomena pengemis atau pengutip sedekah yang kelihatan sihat tubuh badan kini menjadi perhatian di banyak negara.

Mereka ini dilihat tiada langsung ikhtiar untuk bekerja walaupun sihat tubuh badan malah sanggup jadi gelandangan untuk raik simpati dan wang dengan cepat.

Seorang lelaki gelandangan di Britain kini dilarang daripada mengemis selepas didapati menjana pendapatan lebih £20,000 (RM114,350) setahun.

Menurut akhbar Mirror UK, James Chamber memperoleh £420 (RM2,400) setiap minggu dengan mengemis di luar restoran McDonald’s di pusat bandar Lincolnshire.

Pemuda berusia 30 tahun itu disabitkan dengan 13 kesalahan mengemis dan satu kesalahan berkaitan ketenteraman awam yang dilakukannya sejak Februari di Mahkamah Majistret Lincoln.

Ketika perbicaraan pada 15 September 2023, hakim memaklumkan bahawa Chambers sering menerima wang tunai, barangan dan makanan daripada orang ramai.

Chamber juga diberikan perintah tingkah laku jenayah (CBO) yang melarangnya duduk di atas lantai atau mengumpul wang.

Malah, dia dilarang mendekati sesiapa sahaja untuk meminta wang atau barangan di bandar Lincolnshire.

Chamber dibebaskan dengan bersyarat selama 12 bulan dan perlu mematuhi tempoh tiga tahun CBO, serta berdepan lima tahun penjara jika dia melanggarnya.

Nampak remeh tapi masalah akan timbul apabila sedekah yang sepatutnya membantu golongan benar-benar memerlukan disalahgunakan oleh individu lain.

Baca juga: Pemuda kerja hantar barang raih RM22,0000 sebulan