Hanya perlu cantikkan diri dan teman suami, wanita terima nafkah RM2.1 juta jadi isteri kelima hartawan

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sahaja tidak mahu duduk goyang kaki dan cantikkan diri untuk suami, sedar-sedar berjuta duit masuk akaun.

Wanita Thailand itu menerima nafkah sebanyak 1.7 juta dirham (RM2.1 juta) sebulan daripada suaminya yang juga seorang bilionair dari Dubai, lapor Wolipop.

Menurut isteri kelima hartawan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Muna Al Sarunee, dia hanya perlu mencantikkan diri dan hadir majlis bersama suaminya.

Muna yang juga janda anak dua itu pada mulanya tidak minat dengan sikap suaminya, Ahmed Nu Al walaupun menyedari lelaki itu hartawan.

Namun selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh, mereka akhirnya membuat keputusan berkahwin ketika usia Muna cecah hampir 60 tahun.

Tambah Muna, dia dan kesemua madunya tinggal bersama di bawah satu bumbung di UAE.

“Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan.

“Semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah,” ujarnya.

Selain nafkah, dia juga dibantu 16 pelayan untuk menguruskan kehidupannya seharian selain 20 pengawal yang menjaganya.

Muna bagaimanapun menetapkan syarat kepada suaminya, di mana sekiranya lelaki itu ingin berkahwin lagi, dia perlu menceraikan Muna.

Baca juga: Tengah malam sanggup ‘check-out’ hotel, wanita dedah pengalaman buruk menginap hotel di Cameron Highland