Harapan akan selesai bahagi kerusi 30 September, 70 % sudah siap dirunding

Oleh BORHAN AHMAD

Pakatan Harapan akan menyelesaikan pembahagian kerusi di kalangan mereka menjelang 30 September ini, kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu.

Sehingga kini, sudah 70 peratus pembahagian kerusi telah berjaya diselesaikan, kata beliau ketika sidang media selepas majlis perasmian Konvenysen AMANAH di Seremban hari ini.

Pengarah Strategi Pakatan Harapan, Datuk Seri Salahuddin Ayub pula berkata, pihaknya yakin ia akan berjaya diselesaikan.

“Kita dah buat tiga pusingan rundingan dan saya boleh katakan mesyuarat kita berjalan lancar. Kita berbincang dengan baik dan saya juga boleh sebutkan disini kita sudah mencapai 70 peratus pembahagian telah selesai.

“Tinggal sedikit lagi dan kita selesaikan sebelum 30 September. Jadi, kita tak ada masalah,” katanya, yang mewakili AMANAH dalam rundingan kerusi itu, dalam sidang media selepas majlis perasmian Konvensyen AMANAH di Seremban hari ini.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH berkata demikian dalam sidang media bersama Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Dr Hatta Ramli, Pengarah Komunikasi Khalid Samad dan Pengarah Strategi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mohamad bersama Salahuddin, Khalid dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media hari ini.

Dalam sidang media ini juga, Mohamad Sabu berkata, penyusunan kerusi A, B, C atau D sekarang sudah tidak tepat legi ekoran perubahan suasana pilihan raya yang ada dengan kemasukan 5 juta pengundi baru sekarang dari kalangan pengundi muda dan pengundi yang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi sebelum ini.

“Kita pun tak ada meletakkan yang mana (kerusi) gred A,B,C atau D kerana PRU akan datang kita tak tahu trend mengundi kearah mana,” katanya.

Mohamad menjawab permintaan pemintaan Pemuda AMANAH agar mereka diberikan kerusi Gred A yang dikira boleh menang dalam pilihan raya umum kali ini.

Dalam sidang media itu juga, Mohamad yakin peratus keluar mengundi dalam pilihan raya umum akan datang akan kembali sebagaimana pada pilihan raya umum 2018.

Ini berikutan pendedahan terkini apa yang berlaku termasuk cerita sebenar di belakang dakwaan terhadap Tabung Haji di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Dengan bilangan keluar mengundi yang tinggi bermakna pengundi Harapan sebelum ini akan keluar mengundi semula tidak sebagaimana pilihan raya negeri Melaka dan Johor sebelum ini.