Harga barang kawalan masih rendah, Anwar nafi kerajaan tak peka dengan masalah rakyat

Oleh MAISARAH AISYA

Masih banyak kritikan diberikan kepada kerajaan yang katanya tidak peka akan masalah dihadapi rakyat terutamanya berkaitan kos sara hidup.

Hal ini bagaimanapun disangkal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan harga barangan keperluan masih rendah serta stabil jika dibandingkan dengan kerajaan terdahulu.

Menurut Harian Metro, Anwar turut membuat perbandingan harga di antara kerajaan Madani dan kerajaan yang memerintah sebelum ini.

“Saya bagi contoh umpamanya, tahun 2021 sebelum pertukaran kerajaan, berapa harga ayam? Sampai RM13 sekilogram (kg), sekarang jauh lebih rendah.

“Minyak masak lima kg ketika itu mencecah RM45, jadi kawan pembangkang saya bising tetapi dia lupa dan dia ingat kita pun lupa.

“Masa dia jaga, harga minyak masak itu untuk lima kg, RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Telur ayam, dahulu heboh tidak ada telur, sekarang stabil dan kita sudah guna penyelarasan subsidi.

Baca Artikel Penuh