Harga ‘chicken popcorn’ cecah hampir RM60 sekilo, warganet luah rasa tak puas hati

Oleh MAISARAH AISYA

Harga makanan di pasar raya dilihat semakin mahal tapi portion adalah lebih sedikit berbanding dengan beberapa tahu lepas.

Tular satu gambar chicken popcorn yang dibeli di satu syarikat pemborong dan peruncit terkenal di negara meletakkan harga tak masuk akal untuk satu kilogram.

Menurut pengguna Facebook tersebut, jika dilihat harga yang diletakkan adalah RM56.90 per kilogram ayam, ini adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan beli seekor ayam.

Jika dilihat pada gambar, isi yang dibeli tidaklah banyak namun dicaj RM34.14, ini menyebabkan ramai komen sama ada harga tersebut mempunyai ‘error’.

“Lama tak beli, dulu kalau beli sebungkus ni dalam berapa ringgit ja. Hari ni teringin nak makan. Timbang-timbang terkejut tengok harga,” ujar pengguna Facebook.

Rata-rata warganet memaklumkan harga dulu tidaklah semahal sekarang dan ramai memilih untuk beli ayam seekor untuk buat sendiri di rumah.

“Dulu masa beli baru RM5.90 untuk 100 gram, anak kata lama tak makan sekali tengok harga sekarang, terus beli dada ayam je dan buat sendiri, lagi jimat.

“Pernah terleka masa ambil makanan, sekali masa timbang, harganya masa tu, tak mungkinlah nak tuang balik. Terpaksa bayar juga, nasib bawa duit lebih.

“Dulu 1 kg dalam RM30 lebih ja. Baik beli yang sejuk beku sebungkus, balik goreng ja dapat lagi banyak,” antara komen netizen.

Baca juga: Lelaki Malaysia dakwa kos sara hidup di Singapura lebih murah, pelik rakyat tempatan merungut