Harga dipapar dan dibayar pelanggan tak sama, KPDN siasat pasar raya

Oleh MAISARAH AISYA

Tular baru-baru ini apabila seorang pembeli meluahkan rasa kecewa kerana harga dipaparkan di rak tidak sama dengan harga ketika dia membuat pembayaran.

Bukan hanya satu produk dengan harga berbeza malah dilihat kesemua pembelian mempunyai julat harga berlainan di pasar raya yang terletak di Port Dickson.

“Harga tak sama dekat rak dan masa nak bayar. Harga paru tulis RM7.99 tapi bila timbang jadi RM8.99, saya beli empat kilogram jadi dekat situ sduah terlebih RM4.

“Orang yang timbang tu siao tanya nak ke tak nak, jadi saya suruh dia panggil pengurus dia datang.

“Saya beli dimsum harga RM6.95 tapi bila bayar jadi RM8.80. Sawi pula yyulis RM5.55 sekilogram tapi bila timbang jadi RM9.99 sekilogram,” luah pembeli di media sosial.

Tidak menunggu lama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan memaklumkan mereka akan menyiasat dakwaan berkenaan.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, siasatan telah dijalankan oleh empat pegawai penguatkuasaan KPDN Cawangan Port Dickson lapor Kosmo! Online.

Pemeriksaan ke lokasi tular berkenaan pada Selasa lalu mendapati harga sawi dipamerkan adalah RM5.99, bukannya RM9.99 sekilogram.

“Penjelasan daripada pengurus premis adalah harga barangan ditukar pada setiap hari,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Muhammad Zahir juga meminta pembeli untuk menyalurkan aduan kepada KPDN untuk tindakan selanjutnya di hari yang sama masalah berkenaan dialami.

Baca juga: Bertahun-tahun tak ada panggilan kerja, lelaki redha kerja di kedai photostat walaupun berkelulusan PhD