Zaman sekarang ni kalau bab makanan mesti sanggup keluarkan duit tanpa mengira bajet, tapi sebolehnya lihatlah sama ada ia berbaloi atau tidak.
Jika dilihat sekarang sudah ada banyak sosial media bagi mempromosi makanan dengan harga tak masuk dek akal.
Tapi pastinya bagi peminat makanan ia bukanlah satu masalah untuk berbelanja lebih tapi lain pula pendapat warganet.
Tular satu video peniaga menjual mi segera dengan makanan laut pada harga RM20, terlihat ada tiga ekor sotong saiz kecil dan dua ekor udang saiz sederhana dimuat naik di laman X.
“Harga RM20 untuk sebuah kemalasan. Korang rasa berbaloi ke bayar banyak tu untuk mi segera macam ni,” tulis pengguna laman X, @rabbaniahmad_.
Rata-rata warganet terkejut mendengar harganya jika dibandingkan dengan ‘portion’ dan lokasi, ia dilihat agak mahal.
“Guna mi segera jenama Gardenia je pun, menyesal beli hari tu. Baru jual tepi jalan dah caj RM25 kalau kat restoran lagi mahal agaknya.
“Makanan tak berkhasiat jual RM20 semua beratur beli, makanan yang sihat tapi harga sama tak ada pula yang nak beli.
“Bagi aku harga dia ok sahaja, janji letak harga kat depan. Kalau mampu beli, kalau tak, silakan masak sendiri di rumah,” antara komen warganet.
Kalau nak beli sekali sekala mungkin bukan satu masalah bagi mereka yang mampu, jadilah pembeli yang bijak dalam membeli apa-apa barangan sekalipun.
Baca juga: Rakyat rasai manfaat dari pengembangan ekonomi, gaji naik dan peluang kerja makin banyak