Di saat fenomena banjir luar biasa yang melanda di banyak tempat di negara ini termasuk di Parlimen saya wakili, Sepang, saya habaq pada team Pusat Khidmat Parlimen Sepang untuk berusaha semaksimum yang boleh bagi cuba membantu semua mangsa, mengikut kemampuan yang ada.
Saya juga habaq depa “try your best” untuk tidak “engage in a blame game”,misalnya “ini salah orang ini, itu salah orang itu”, salah semua orang kecuali diri sendiri!
Di saat mencabar ini, saya ingatkan pasukan saya bahawa tahap kesabaran depa mungkin kena berada di tahap paling tinggi.
Sebabnya, pada saat ini, lumrahnya, tahap kemarahan orang khasnya para mangsa agak tinggi juga.
Ramai daripada depa “are too sensitive”. But, to be fair to them, adakah wajar untuk disalahkan mereka?
Sepanjang saya diamanahkan menjadi Ahli Parlimen Sepang, ya, benar, banjir ini adalah ujian yang agak besar pada saya dan pasukan saya.
Namun, jujurnya, bagi saya seoranglah, saya rasa musibah kemarau yang pernah melanda Parlimen Sepang satu waktu dahulu mungkin lebih memeritkan. Itu bagi saya seorang, ya.

Hari Pertama
Kembali kepada isu banjir di Sepang. Apabila hujan turun tanpa henti untuk beberapa hari, saya telah menjangkakan akan berlaku banjir di Parlimen Sepang tetapi bukan sebesar ini.
Pada pagi hari pertama banjir, saya berada di Nilai bagi merasmikan kejohanan sukan anjuran sebuah taman perumahan di Sepang. Pada masa itu, hujan masih belum berhenti.
Saya sudah mula mendapat khabar tentang banjir di Sepang. Perkhabaran itu agak di luar normal kerana ada tempat yang tidak pernah dilanda banjir sudah dilapor ditenggelami air.
Selepas selesai merasmikan program di Nilai itu, saya sepatutnya bergerak ke program kedua bersama anak muda di Kampung Giching.
Pegawai saya habaq kat saya program itu dibatalkan kerana banjir. Maka, saya mengajak dua pegawai saya untuk bersarapan pagi sebelum bercadang ke program ketiga di Perak dan program keempat di Shah Alam.
Semasa bersarapan, pegawai saya menerima pesanan melalui WhatsApp ada sekumpulan penduduk di Pekan Salak sedang terkandas banjir dan depa belum bersarapan. Maka kami terus order lebih kurang 30 bungkus nasi lemak.
Selepas bersarapan, saya bergegas bertemu dengan para penduduk yang terkandas. Hujan masih turun dan tidak ada tanda akan berhenti.
Sebaik bertemu mereka yang sedang berteduh di sebuah gerai makan, beberapa orang daripada mereka habaq kat saya
“YB kami sehelai sepinggang ni. Minta YB tolong bekalkan ?…”
Baik. InsyaAllah, kejap lagi staf saya pi belikan, ya ,” saya menjawab.
Mereka pohon barangan-barangan ini:
Baju T yang dipohon
5XL – 10 helai
3XL – 2 helai
2 XL – 6 helai
XL – 10 helai
L – 4 helai
M- 6 helai
S – 2 helai
Set toto dan bantal – 14
Alhamdulillah, dapat ditunaikan hajat mereka.
Bersambung…