Harta si mati nak tapi tanggungjawab tak nak, peguam ini sekolahkan waris yang tamak harta faraid

Oleh KIM SYAZIE

Konflik di antara pelawak, Ali Puteh dan bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah yang berpunca dari pembahagian harta secara faraid bagai tiada penghujung.

Namun begitu, dengan tularnya kes mereka itu, masyarakat Malaysia mula belajar dan mempunyai kesedaran mengenai faraid.

Baru-baru ini, ciapan seorang peguam tentang hak anak perempuan menurut Islam setelah bapanya meninggal dunia tular di laman aplikasi Twitter.

Seperti yang kita tahu, menerusi kaedah faraid, waris perempuan akan mendapat bahagian yang sedikit berbanding waris lelaki.

Peguam Syarie, Muhammad Syarafi dalam ciapannya berkata, harta itu datang bersama tanggungjawab dan tidak menjadi milik mereka sepenuhnya.

Menurutnya, hikmah di balik pembahagian adalah untuk lelaki menyara waris wanita di bawah tanggungannya.

Baca Artikel Penuh