Hentikan ‘pembunuhan halal’ di Myanmar

Oleh MALAYSIADATELINE

Ahli parlimen Pokok Sena menggesa kerajaan menggantung segala bentuk kerjasama dengan Myanmar selagi ‘pembunuhan halal’ di negara itu belum berakhir.

Mahfuz berkata, beliau menyebut genocide halal’ atau pembunuhan beramai-ramai demi penghapusan etnik kerana tidak ada sebuah negara atau pertubuhan pun bangun dan bertindak di atas kekejaman tertera Myanmar ini.

“Seolah-olah darah umat Islam Rohingya itu seperti darah seekor nyamuk yang tiada nilainya disisi manusia antarabangsa.

“Masakan dunia tidak sedar akan ‘genocide halal’ ini sedangkan serangan roket, mortar dan helikopter secara terang-terangan dilakukan oleh tentera Myanmar tanpa sebarang alasan. Bukti bergambar serta pengakuan mangsa telah viral keseluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika kekejaman ini tidak dihentikan, tidak mustahil Arakan di Myanmar akan menjadi seperti Bosnia suatu ketika dahulu.

“Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan.

“Adakah kita rela melihat Bosnia kedua berlaku di bumi ASEAN?” katanya.

mahfuz juga menggesa kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan pendirian yang tegas berhubung kekejaman tentera Myanmar.

“Saya menyeru kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) segera menyatakan pendirian mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar serta bertindak seperti ‘anak jantan’ untuk menggerakkan inisiatif dari pihak ASEAN dalam menegur, memberi amaran serta bertindak tegas kepada regim tentera Myanmar.

“PBB sudah wajar menghantar pasukan pengaman tentera ke Arakan sebelum Arakan menjadi padang jarak padang terkukur,” katanya.

Beliau tuurt menyoal peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan pemenang Nobel Keamanan Dunia Aung San Kyi yang dilihat membisu.

“Dimanakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Dimanakah OIC?. Dimanakah ASEAN?.Dimanakah pemenang Nobel Keamanan Dunia Aung San Suu Kyi yang benjanji semasa berucap dalam persidangan PBB ke-71 sebagai Ketua Negara untuk lebih menegakkan hak asasi manusia di negara yang dipimpinya dalam masalah Muslim Rohingya di Myanmar?

“Sangat –sangat mendukacitakan apabila isu Rohingya ini dilihat sebagai masalah dalaman Myanmar sedangkan PBB terutamanya Amerika Syarikat sering mewar-warkan isu keamanan dan memerangi keganasan dunia tetapi buta dalam isu Rohingya kerana menjaga kepentingan ketenteraannya di Myanmar,” katanya.

Suasana di Arakan dilaporkan semakin getir apabila tentera Myanmar semakin menggila terutama di daerah Maungdaw dan merebak hingga keseluruhan Arakan.

Difahamkan ribuan tentera Myanmar telah dikerah bagi meneruskan ‘pembunuhan hal di Aisa Tenggara.