Hentikan segera isu skandal beli saham, gantung Azam Baki, kata MCA

Oleh BORHAN AHMAD

MCA menambahkan lagi tekanan kepada Ketua Pesuruhajaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki apabila AJK Pusatnya, Lau Chin Kok mendesak agar beliau direhatkan sehingga siasatan ke atasnya selesai.

Chin Kok dalam satu kenyataan medianya malam tadi menyifatkan, cara pembelian saham yang dibuat oleh adik Azam ini adalah satu skandal.

Cerita Azam Baki telah dipermainkan oleh pelbagai pihak menyebabkan kes ini telah berkembang dari skandal kepada kontroversi.

“Skandal perdagangan saham yang melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki telah bertukar menjadi kontroversi dengan implikasi yang serius.

“Justeru, saya menggesa pihak yang berkenaan supaya berhati-hati dalam menjalankan siasatan, kerana integriti SPRM dipertaruhkan di sini,” kata beliau dalam kenyataan itu.

Tambahan pula, katanya, untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap SPRM, individu yang berkaitan dengan kes itu harus digantung tugas mereka dan mereka harus mengambil kesempatan untuk siasatan.

Selepas itu, laporan siasatan hendaklah dihebahkan secara telus supaya bertanggungjawab kepada rakyat, kata beliau.

Dalam sidang media sebelum ini, Azam mendakwa, adik beliau menggunakan akaun beliau untuk membuat pembelian saham yang bernilai jutaan ringgit.

Ekoran itu, Suruhanjaya Sekuriti telah memanggil beliau untuk membuat siasatan kerana ia adalah satu bentuk kesalahan.