Hidayah dakwa diri dan anaknya disihir sejak Abam Bocey pergi, mohon bantuan orang ramai

Oleh KIM SYAZIE

Tidak tahan dengan gangguan, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali mohon orang ramai membantunya mendapatkan pakar perubatan Islam yang mahir.

Menerusi satu video yang dimuat naiknya di Instagram, Siti Nor Hidayah memaklumkan bahawa gangguan tersebut berlaku selepas suaminya meninggal dan terjadi hingga kini.

“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian merawat mistik atau sihir.

“Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu bolehlah menghubungi abang saya, Encik Azmir,” katanya.

Siti Nor Hidayah bagaimanapun, tidak menerangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut di dalam video berkenaan.

Seorang pengguna Instagram menasihatkan agar Siti Nor Hidayah untuk mencarinya sendiri kerana bimbang ‘si penghantar sihir’ akan menambah lagi deritanya.

Baca Artikel Penuh