Hidup jadi kelam kabut lepas ibu bapa bercerai, Aufahanie akui trauma nak bercinta

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada mental anak tersebut.

Ditambah pula hidup dengan salah seorang ibu bapa, hubungan dengan adik-beradik juga boleh menjadi keruh.

Buat penyanyi yang sedang menempa nama, Aufahanie mengakui dirinya yang membesar dalam keluarga berpecah belah itu membuatkan dia takut untuk berkahwin.

Menurut Kosmo! Online, Aufa takut mah mendirikan rumah tangga kerana bimbang jika pengalaman masa kecil terjadi kepada bakal anak-anaknya jika berlkau penceraian.

“Saya trauma, takut nak berkahwin bila melihat bagaimana ibu saya menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Sebab itu sampai sekarang saya tidak pernah ada teman lelaki,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Baru berusia 21 tahun, Aufa bagaimanapun tidak menolak jika dipertemukan jodoh namun mengakui dia akan memastikan dirinya buat persiapan jika berlaku perkara tidak diingini.

“Jika sudah sampai jodoh saya suatu hari nanti, saya tidak akan menolak. Namun saya akan pastikan perkara utama yang perlu saya ada iaitu, duit simpanan yang banyak.

“Mana tahu kalau berlaku sesuatu dalam perkahwinan saya, sekurang-kurangnya saya sudah ada duit untuk bawa diri,” tambahnya.

Bekas peserta Big Stage 2023 itu berkongsi bagaimana ibu babanya bercerai ketika dia baru berusia sembilan tahun.

Kehidupan Aufa berubah sepenuhnya selepas proses berpisah selesai malah dia mengakui hidupnya jadi kelam kabut.

Tambahnya, dia idak berasa seronok apabila terpaksa tinggal berasingan dengan ibu selepas dibawa pergi bersama bapanya.

Perkara yang berlaku itu turut membuatkan Aufa mengalami depresi dan anxiety, selain hubungan dengan adik-beradiknya tidak begitu rapat sehingga dia berusia 17 tahun.

Baca juga: Tak sangka ini jumlah ‘income’ Azlee Senario dari TikTok, lepas bayar rumah dan kereta!