Hilang rasa nak sambut raya, isteri ‘burn out’ buat semua benda suami pula main telefon je

Oleh KIM SYAZIE

Seorang suri rumah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suaminya kerana tidak pernah mengambil pusing soal persiapan hari raya sepanjang 16 tahun perkahwinan mereka.

Menurut wanita itu, dia sudah terlalu penat bertahan dengan sikap suaminya yang hanya tahu makan, mandi, main telefon dan tidur sahaja.

Dia juga buntu tidak tahu di mana lagi mahu meluahkan isi hatinya untuk mendapat kembali semangat dan motivasi yang kian menghilang.

“Saya tak tahu nak mengadu kepada siapa dah masalah saya. Saya hilang dah semangat nak raya. Hilang harapan. Hilang dah rasa seronok nak raya. Anak ada empat orang. Saya ada suami yang paling membosankan dalam dunia ini.

“Ajak beli baju raya tak nak. Ajak pergi bazar raya pun tak nak. Ajak hias rumah sikit-sikit tak nak. Ajak cari barang-barang raya, nak masak sedap sikit pun tak nak. Pasang lampu raya pun tak nak.

“Beli daging pun tak nak. Ambil gambar raya tak nak, beli kuih raya tak nak. Apa pun dia tak nak. Yang dia tahu, puasa, tidur, mandi, main telefon. Selama 16 tahun kahwin saya yang buat semua benda.

“Saya yang set up semua benda. Tak ada satu pun barang-barang rumah yang dia susun. Semuanya hasil kerja saya, saya dah penat. Penat yang teramat sangat. Saya hanya nak motivasi untuk saya bangkit semula,” luahnya di aplikasi Threads.

Perkongsian itu ternyata mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati terhadap nasib dialami wanita berkenaan.

Sebagai seorang suri rumah tangga, ramai yang memahami kelelahan ditanggung wanita berkenaan. Atas sebab itu mereka memberi saranan supaya wanita itu teruskan perjalanan hidup dengan anak-anak.

Baca juga: Lelaki buktikan mampu bersara pada usia 45 tahun dengan wang persaraan cecah RM4 juta