Penganalisis politik, Mohamad Hisomuddin Bakar meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Ilham Centre dan tempatnya akan dipangku oleh Pengarah Operasi Ilham Centre Mohd Azlan Zainal.
Hisomuddin dilaporkan meninggalkan Ilham Centre yang diasaskannya itu kerana menerima tawaran sebagai Setiausaha Sulit kepada Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Kementerian Dalam Negeri (KPDNHEP).
“Saya bermula semalam, 1 haribulan dilantik sebagai setiausaha sulit di bawah Menteri PDNHEP, Datuk Saifuddin Nasution,” katanya, seperti dipetik FMT hari ini.
Ilham Centre dalam kenyataan hari ini pula menerima keputusan Hisommudin itu dengan berat hati tetapi menghargai segala usaha dan komitmen yang telah dilakukan beliau ketika menerajui syarikat itu sejak ditubuhkan pada 2006.