Dua minggu lagi sekolah akan dibuka. Baju seluar, kasut,stokin,tali pinggang,beg kena beli baru.Hari mula buka sekolah nanti, buku tulis kena beli dan yuran PIBG lagi kena bayar.
Anak-anak orang motong mungkin tak bertukar pakaian baru nanti. Bagi anak yang melaangkah ke sekolah menengah maka bapa tiada pilihan selain terpaksa membeli.
Anak-anak orang motong mungkin tak bertukar pakaian tahun baru nanti. bagi anak-anak yang melangkah ke sekolah menengah mak bapa tiada piihan selain terpaksa membeli.
Sekerap dalam pot itulah modalnya. Ada yang sudah seminggu disimpan ada yang kembung ada yang nipis ditimpa hujan bercampur bertindih dalam pot.Sebahagian besar daripada kami di daerah teperosok ini bau getah sekerap adalah wangi, titisanya adalah penyambung nyawa ketulan bekunya umpama slip gaji.
Andainya hujan menimpa waktu siang susu meleleh pergi bersama peluh andai hujan turun malam esok malam lusa dapur mungkin tidak berasap.
Dua minggu lepas seorang ustazah bercerita dalam ceramahnya.Sebuah kedai runcit di kampungnya di pecah masuk.Pintu dicungkil tapi kecurian itu luar biasa. Sasaran biasa pencuri sepert duit dalam laci tak hilang, rokok tembakau dalam almari pun tak hilang.
Selepas diteliti yang hilang hanya sekampit beras 5kg beberapa biji telur dan sedikit ikan masin. Apakah petunjuk daripda kejadian seperti itu? Nak lapor kepada polis pun tak sampai hati.
Anak-anak siapkah yang sedang kelaparan di kampung itu? Mungkin ramai lagi ditempat lain.
Di sebuah kampung lain seorang pekedai bercerita sebulan lalu. Ada pelanggan tetapnya kerja motong pawah.Satu hari dua biji kelapa untuk ditukar dengan sekilo beras. Walaupun santan dan kelapa bukan jualannya dia ambil juga sebagai tukaran.
Kerana beras semuanya siap dalam kampit di buka kampit beras 5kg untuk ditimbang. Tak sampai hati memberi sekilo dia beri dua kilo.Kali pertama tangannya mengeletar menimbang beras. Wajah seorang di depannya menindik risau ada pelanggan lain masuk.Dia masukkan juga 5 biji telur ayam sebagai sedekah.Baiknya hati orang kampung berkongsi kesempitan.
Lewat 70-an hingga 90-an keluarga besar kami telah melaluinya melepasi himpitan hidup dengan sejuta kisah, bersama keluarga orang lain yang sentiasa dikenang.Sekolah dan ilmu pendidikanlah yang menyentak kami keluar dari putaran yang melemaskan itu.
Selepas 30 tahun menjelang tahun 2016 putaran yang menghimpit kehidupan itu melanda lagi, melemaskan rakan taulan, saudara mara dan jiran tetangga sebaya yang sudah punya keluarga sendiri.
Ganasnya putaran ini membadai bila harga barangan keperluan melambung tinggi harga getah tiak berubah.
Jumlah duit yang keluar dari mulut pemimpin sekarang tidak lagi ribu-ribu atau juta-juta.Duit derma pun sudah mencecah bilion ringgit.Yang tiris dan bocor pun bilion-bilion dilaporkan pencapaian agensi kerajaan dan syarikat gergasi juga berbintang-bintang untung berganda-ganda bagai tiada lagi duka tiada berita tiada nestapa gara-gara miskin.
Annual dinner agensi kerajaan dan syarikat gergasi dirayakan di hotel-hotel lima bintang.Anugerah itu dan ini guna bajet yang diumumkan untuk orang ramai.Bahasa pegawai motong tak pernah terbayang semua itu pun. Mesyuarat saja di awan biru bonus hujung tahun berlipat ganda.
Di bawah helaian kertas laporan mereka itu kehidupan rakyat desa tidak jauh berubah, RM2 hingga RM2.20 sekilo sekerap tidak berupaya membawa nnafas lega kepada orang motong.
Setiap kali sekerap dijual tidak pernah sekalipun cukup untuk memenuhi keperluan tidak sedikitpun berbaki untuk simpanan jauh sekali kesenangan apa lagi kekayaan.
Bukanlah mustahil menjelang tahun baru nanti ada anak-anak kita 13-16 tahun umurnya tidak lagi menjadi budak sekolah. Pakaian tak mampu dibeli buku dan yuran lagi.Cukuplah setakat darjah enam dan tingkatan 3.
Bagi adik-adik sajalah pergi sekolah membaca dan mengira. Abang dan kakak yang sudah keras ototnya jom ke kebun atau mengasuhlah adik di rumah. Kedai makan, tempat cuci kereta, tapak pembinaan, reban ayam, kedai pomen motor adalah sekolah baru mereka mencari rezeki menyara keluarga mak bapa berdua sudah tidak menang melawan desakan keperluan untuk hidup.
Tempoh 20 tahun daripada sekarang yang tidak mampu ke sekolah akan menghadapi kesempitan seperti hari ini terperosok ke dalam putaran ganas kemiskinan itu.
Sebelum terlambat berbuatlah sesuatu untuk membantu orang motong. Harga lantai sekerap pada RM4 kilo hanya perlukan tambahan RM1.6 bilion bajet kerajaan setahun berbanding bilion yang tersasar entah ke mana. Bernafaslah 570,000 keluarga orang motong, bersekolah anak-anak mereka dengan bilakah putaran kesempitan ini bisa berhenti.
Pak Long jaga-jaga sekerap dalam pot nanti hilang, kerajaan kita tak pernah faham apa itu sekerap hilang.
Muhammad Sanusi
Sik Kedah