Kejadian kebakaran membabitkan Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pagi tadi turut dikongsi kesedihan Adun Salor Datuk Husam Musa.
Menerusi laman facebooknya petang ini beliau melahirkan rasa simpati di tas musibah yang berlaku hingga meragut enam mangsa yang terbunuh dalam kejadian kebakaran tersebut.
“Simpati mendalam saya atas musibah kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB yang sedang berlaku.
“Meragut nyawa. Mengancam pesakit. Kesan besar dan mendalam.Sangat mendukacitakan,” ujarnya.
Husam turut mengajak teman-temannya menhulurkan sumbangan melalui akaun Yayasan Datul Hijrah.
“Maklumkan sumbangan melalui email ke alamat [email protected] atas tagline Tabung Kebakaran HSA.
“Bagi teman-teman yang ingin menyumbang boleh melalui akaun Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934 (Maybank),” katanya.
Yayasan Darul Hijrah adalah sebuah pertubuhan yang banyak melakukan urusan Qurban dan Aqiqah di dalam dan luar negara. Malah turut melakukan projek wakaf oleh rakyat negara ini untuk pembinaan perpustakaan di Kemboja.
Yayasan Darul Hijrah juga sebelum ini bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya d untuk sama-sama membantu mahasiswa melalui inisiatif kupon makanan Coupon For The Needs (CFTN).
Bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.55 pagi tadi dan sampai ke lokasi kira-kira jam 9. 10 pagi.
Kebakaran dikatakan berlaku di tingkat 2 bangunan itu yang menempatkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.