Ibu bapa yang sayangkan akhlak anak-anak mereka disarankan agar tidak mengikuti 3 saluran kanak-kanak di YouTube iaitu Diana and Roma, Ryan World dan Nastya Show.
Ketiga-tiga pempengaruh ini perlu dielakkan daripada ditonton oleh kanak-kanak kerana dialog-dialog dan tingkah laku yang dipertontonkan sangat buruk dan boleh mempengaruhi kanak-kanak.
Bagaimanapun selain 3 saluran ini ada banyak lagi influencer kanak-kanak di YouTube yang tidak baik untuk perkembangan akhlak anak-anak justeru ibu bapa harus berhati-hati dan sentiasa memantau pempengaruh mana yang diikuti mereka di YouTube.
Seorang pengguna Facebook Mohd Fhais Salim telah mendedahkan beberapa saluran YouTube yang sangat tidak sesuai untuk perkembangan akhlak kanak-kanak dan meminta ibu bapa berhati-hati. Antaranya;
- Diana & Roma
Eh, menyampah kalau tengok budak dua orang ni. Dia layan mak ayah macam hamba. Apa pun jadi mak ayah kena ikut cakap mereka. Bila tak di ikuti, mereka melawan.
Diana akan buat rolling eye & kadang menjerit terlolong. Roma pula akan hentak hentak kaki dan buat perangai tanda protes.
Paling tak bagusnya, mak ayah selalu mengalah bila anak mula buat perangai. Aduhai, ni yang tak best. Makin kuat drama la anak-anak kita kalau follow diorang ni.
- Ryan World ( dulu ryan toys review )
Hah ni lagi satu. Setiap kali buat video mesti ada je junk food. Keropok la, air gas la. Rancangan ni enjoy tapi tu la terlalu kerap bagi mesej bahawa “junk food” tu okey.
Yang penatnya setiap kali kita ajar anak tak baik makan keropok, gula gula, air gas ni mesti ada jawab. “Ryan tu boleh je makan” huh!
Dah setiap hari tengok dorang makan syok je, krup krap krup krap macam sedap anak-anak pasti teringin punya. Tu sanggup menangis merajuk sebab junk food je.
- Nastya Show
Paling sakit hati cerita ni la. Ala-ala diva budak ni. Dalam cerita ni dia di layan macam princess, semua permintaan dia akan ditunaikan tanpa ek ok pun.
Sikit pun tak di ajar untuk berusaha, minta tolong dan hormat mak ayahnya. Memang sebiji diva la.
Nak lahirkan anak jadi tuan hah bagi tengok la cerita ni, memang tak ada adab seorang anak langsung..
Banyak lagi ‘bad influencer’ untuk kanak-kanak di YT, mak ayah semua kena lebih berhati-hati.
Mereka semua ni buat konten di sana sebagai sumber pendapatan dorang.
Mereka kaya raya tapi anak-anak kita miskin adab. Ish, ruginya la..
Sayang ‘akhlak’ anak beri la dia platform hiburan yang sihat, selamat dan sesuai dengan dia.
Beri anak hiburan tak salah tapi tidak pantau konten hiburan yang anak tengok boleh mendatangkan rasa bersalah seumur hidup.
Baca juga: Serbuan di pusat hiburan, lima anggota polis antara yang ditahan