Ibu bersama 3 anak maut dirempuh pemandu positif dadah

Oleh NASUHA RAHMAN

Ibu bersama tiga anaknya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki disyaki positif dadah di Kilometer 2, Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, di sini, petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Raihan Muhammad, 43, dan tiga anaknya, Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz Mohd Nazri, 7, dan Ahda Imtinan Mohd Nazri, 4.

Bagaimanapun, pemandu Vellfire yang juga suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, seorang guru di Felda Aring 1, Gua Musang hanya cedera di tangan kiri, manakala pemandu Nissan Navara yang disyaki positif dadah jenis methapethamin dan opiat cedera di kepala.

Lima sekeluarga berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur, sebelum MPV Toyota Vellfire dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda jenis Nissan Navara di persimpangan lampu isyarat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kemalangan mengakibatkan Raihan dan tiga anaknya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal berdasarkan maklumat saksi kejadian mendapati, pemandu Nissan Navara berusia 44 tahun itu dipercayai melanggar lampu isyarat sebelum merempuh kenderaan mangsa dari hadapan.

Baca Artikel Penuh