Ibu terkejut air dibeli di luar sekolah penuh dengan serpihan kaca yang disangka ais

Oleh KIM SYAZIE

Seorang ibu terkejut menemui beberapa serpihan kaca di dalam minuman yang dibeli berdekatan sekolah anaknya.

Menerusi perkongsian Syaa Sabri II baru-baru ini, dia mendakwa serpihan kaca itu terlihat seperti air batu, namun merasakan ada yang tidak kena dengan ais berkenaan.

Ini kerana ‘ais’ itu langsung tidak mencair walaupun air berperisa oren yang dibelinya sudah habis disedut.

Tambah memeranjatkan, wanita ini mendakwa keempat-empat air yang dibeli untuk anaknya itu dipenuhi serpihan kaca dan ada beberapa bahan tajam itu sudahpun pecah menjadi butir lebih kecil.

“Setelah selesai minum, saya pun tengoklah dalam gelas. Eh kenapalah ais ni tak cair lagi padahal air habis doh dan pelik ais nampak macam bentuk lain. Biasa bulat-bulat atau leper gitu.

“Tengok di dalam gelas terdapat penuh serpihan kaca di empat gelas yang di beli. Dan serpihan itu juga ada yang telah masuk ke mulut saya kerana sangkaan ianya ialah ais batu untuk dikemam.

Baca Artikel Penuh