Ibu tunggal menangis kegembiraan

Oleh ARIF ATAN

Seorang mangsa banjir di Seksyen 17, Shah Alam tidak dapat menahan kesedihan bercampur kegembiraan selepas menerima bantuan pembersihan rumah daripada pihak AMANAH.

Kediaman ibu tunggal, Maimon sebelum ini ditenggelami banjir sehingga ke paras paha.

“Alhamdulillah, hati gembira dan sayu apabila Puan Maimon, ibu tunggal menangis kegembiraan apabila selesai team Pusat Khidmat ADUN Kamunting bersama AMANAH cawangan Kampung Expo dan ARiF Shah Alam menjalankan aktiviti pembersihan rumahnya yang terkesan banjir di Seksyen 17, Shah Alam yang ditenggelami air hingga ke paras paha.

“Beliau lambat seminggu kerana berada di luar kawasan semasa banjir berlaku. Kesemua perabot rumah terpaksa dibuang kerana rosak.

“Semoga khidmat bakti yang dicurahkan dan sumbangan yang disampaikan dapat membantu beliau sekeluarga,” dipetik Facebook, Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin – Pusat Khidmat DUN Kamunting.

Turut bersama menghulurkan bantuan ialah Pertubuhan Kebajikan Ihsan Taiping Perak (PERKIT) dan NGO MAMPAN.