Ibu Zayn Rayyan hadiri majlis graduasi anak, gambar ‘edit’ arwah undang sebak orang ramai

Oleh WAN SITI AMINAH

Sekeping gambar memaparkan kanak-kanak autisme iaitu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin bersama ibunya telah berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini.

Mana tidaknya, gambar majlis konvokesyen tersebut disunting sendiri oleh ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf sebelum dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam hantaran yang mengundang sebak itu, Ismanira menzahirkan ucapan tahniah kepada arwah anaknya sempena berakhirnya sesi prasekolah kanak-kanak tersebut.

Wanita berusia 29 tahun itu turut berterima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemputnya untuk menghadiri majlis konvokesyen arwah anaknya, semalam.

“Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan. Mommy bangga dengan setiap pencapaian Abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian Abang, Mommy tetap bangga.

“Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai (2) di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam (Khamis). Ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga,” tulisnya.

Baca Artikel Penuh