Identiti penganjur Mogok Doktor Malaysia dirahsiakan, ada kaitan dengan PN?

Oleh KIM SYAZIE

Satu tangkap layar perbualan yang melibatkan ahli jawatankuasa kesihatan Perikatan Nasional (PN), Dr Aiman Alias tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi saluran Telegram yang melibatkan kakitangan perubatan itu, Dr Aiman telah menghantar pesanan berkaitan Mogok Doktor Malaysia.

Menurut pesanan itu, Aiman meminta pihak berkaitan untuk memaklumkan kepadanya sekiranya ada peserta yang dikenakan tindakan.

Aiman juga memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media yang memberi sokongan kepada gerakan itu.

Kesannya, spekulasi mengenai pembabitan parti itu dengan Mogok Doktor Malaysia menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Hal ini diperkuatkan dengan kenyataan Hartal Doktor Kontrak yang menyangkal pembabitannya dengan gerakan tersebut.

Baca Artikel Penuh