Idris, Nik Zawawi kini bergelar Datuk

Oleh ARIF ATAN

Dua pemimpin Pas iaitu Senator Idris Ahmad dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menerima pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, hari ini.

Kedua-duanya merupakan antara 59 individu yang dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Idris Ahmad kini menduduki jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) manakala Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Di dalam parti, Idris adalah Naib Presiden Pas. Sementara itu, Nik Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh merupakan Ketua Dewan Ulamak Pas (DUPP) dan Ahli Majlis Syura Ulamak Pas.