Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin kembali menyita perhatian apabila videonya mengikuti latihan di Iceland tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi rakaman tersebut, Luqman tampak begitu bersahaja ketika menyertai sesi latihan bersama rakan sekelab baharunya.
Mengejutkan, pemain kebangsaan itu disifatkan begitu cepat menyesuaikan diri di negara yang beriklim sejuk ekstrem itu.
Tanpa baju sejuk dan sarung tangan, Luqman begitu aktif berlatih dan berlari di tengah padang yang terlihat begitu sejuk dan berangin itu.
Secara puratanya, pada bulan Februari, negara tersebut hanya menerima cahaya matahari selama empat atau lima jam setiap hari sahaja.
Video tersebut dikongsi melalui akaun media sosial Twitter milik kelab Liga Iceland, Njardvik FC yang meminjam khidmatnya dari kelab belgium.
Kelab Liga Belgium iaitu K V Kortrijk (KVK) meminjamkan Luqman ke kelab divisyen kedua Liga Iceland itu selama semusim.
Rata-rata peminat meluahkan kekaguman mereka terhadap semangat juang Luqman yang bertahan dalam cuaca ekstrim itu.
Seorang peminat yang bernama Atiiq Azman hairan bagaimana pemain yang berusia 20 tahun itu begitu mudah beradaptasi dengan cuaca di sana.
“Tabik dengan mentaliti fighter begini, ikutkan tidak selesa tu main tengah-tengah (cuaca) sejuk. Sampai angin kuat begitu. Tak kuat mental mesti mengalah,” katanya.
“Tunduk (hormat) dengan kau Man. Kalau kena dekat aku, mahu nak balik Malaysia dah. Rindu nasi lemak. Memang keras kau Man,” kongsi pengguna lain.
Baca juga: From KJ to DJ, tindakan Khairy sebenarnya langkah politik?