Indonesia kesan pembawa ajaran sesat, nak masuk ke syurga kena bayar tiket RM3.5k

Oleh KIM SYAZIE

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengesan kewujudan ajaran sesat yang meminta orang ramai membayar tiket antara RM1,800 sehingga RM3,500 jika mahu masuk ke syurga.

Menurut Setiausahanya, Syuaib, ajaran sesat ini didalangi empat individu dan satu pertemuan telah pun diadakan dengan kesemua suspek.

“Pelanggan yang membeli tiket diberi jaminan mereka akan masuk syurga. 

“Harga tiket adalah 7 juta rupiah (RM1,845), manakala pelanggan yang ingin membawa ibu bapanya ke syurga perlu membeli tiket berharga 15 juta rupiah (RM3,593).

“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Agama untuk menangani isu ini,” kata Syuaib, seperti dilapor AFP.

Ketua Polis Huamual, Ipda Salim Balami berkata, pihaknya segera bertindak balas selepas menerima aduan daripada warga setempat. 

“Penduduk yang menolak ajaran sesat tersebut meminta penjual keluar dari kawasan mereka. 

“Mereka akan dibawa bertemu dengan MUI untuk tindakan lanjut,” tambah Salim.

Baca juga: Tun M akhirnya buka kapsul masa Wawasan 2020 lepas 28 tahun ditanam, ini isinya!