Ingat ada Menu Rahmah, sekali kena bayar RM9 untuk sepinggan bihun dengan seketul ayam

Oleh MAISARAH AISYA

Seorang pengguna terkejut melihat harga di hentian rehat dan rawat (RNR) walaupun Menu Rahmah sudah wujud di kedai-kedai lain.

Mahu berjimat, Hafiz Kencana Putra hanya mengambil sepinggan bihun dan seketul ayam.

“Menu Rahmah RNR Nilai, sarapan kita B40 nak jimat ambil menu bihun kononnya dengan ayam goreng seketul. Sekali RM9 sepinggan bihun.

Tak masuk air, modal bihun kedai Eco je RM2.40 boleh masak 10 org makan, orang cakap standard la RNR mahal, angkut barang jauh katanya.

“Itulah yang naik lemak peniaga ni, cekik darah kat RNR tak ada orang marah. Penguatkuasa sila pantau harga makanan di RNR Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Hafiz tidak kisah dengan harga makanan di RNR tapi rasa yang tidak sedap.

Aku tak kisah bab harga tu, tapi yang aku pelik kenapa makanan dekat RNR tak ada yang sedap?” ujarnya.

“Aku beli nasi goreng makan dengan ayam goreng, masin betul,” tambah seorang pengguna Facebook.

Seorang lagi pengguna, Tam Zaini memaklumkan dia membawa bekal untuk jimat duit.

“Aku yang T20 pun bila jalan jauh naik lebuh raya akan bawa bekal dari rumah. Berhenti kat RNR atau hentian, bentang tikar, makan ramai-ramai,” komennya.

Baca juga: Rakam wanita letak beg atas kerusi dalam LRT, warganet nasihat tukang rakam untuk tegur depan-depan