Pastinya kita mahu memilih pasangan yang sesuai kerana perkahwinan bukanlah dibina untuk setahun dua sahaja.
Seorang wanita meluahkan rasa sakit terjatuh hati dengan suami orang dalam luahan di Facebook Kisah Rumah Tangga.
Pada mula perkenalan, wanita tersebut mula melihat segala sosial media milik lelaki yang dikenalinya itu namun tiada tanda dirinya sudah berpunya.
Semakin lama, perasaan sayang bertambah kuat apatah lagi sudah bertentang empat mata.
Namun segalanya terbongkar selepas dia mula menyiasat lebih dalam dan di saat itulah dia mengetahui bahawa lelaki tersebut mempunyai satu anak dan isterinya mengandung lagi.
Ketika dia meminta penjelasan lelaki tersebut mengakui ada niat untuk berkahwin dua malah isterinya dikatakan memberi persetujuan untuk bermadu.
Wanita tersebut tidak sanggup melukakan hati wanita lain dan pada masa sama tak mahu berkongsi kasih suami.
Kini dia berada dalam dilema untuk teruskan perhubungan atau mengubat hatinya yang terluka dek kerana mencintai suami orang.
Baca juga: Bagi madu dekat anak bawah 1 tahun, anti-vax tak mahu bawa pergi hospital, minta tips ‘online’